Munafik 2 (2018)
https://salatulmakatul.blogspot.com/2018/08/munafik-2-2018.html
Filem Munafik 2 mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam yang memulakan misi penyelamatan berhadapan dengan kultus ajaran sesat yang diketuai oleh
Abu Jar dan menyelamatkan seorang ibu tunggal, Sakinah, ibu tunggal yang miskin di sebuah kampung terpencil, dihantui oleh roh jahat yang dikaitkan dengan Abu Jar, seorang lelaki dengan ajaran agama yang menyesatkan.
Filem Munafik 2 ialah sebuah filem seram Malaysia 2018 arahan Syamsul Yusof dan merupakan kesinambungan daripada filem Munafik
yang ditayangkan pada 2016 dan dibintangi oleh Syamsul sendiri sebagai
Ustaz Adam, Fizz Fairuz, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi,
Mawi, Rahim Razali dan pelakon Indonesia, Weni Panca.
Download Munafik 2 (2018) - 930.7 MiB
Download Munafik 2 (2018) - 930.7 MiB
Sinopsis Munafik 2 (2018)
Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, lautan kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas dihantu oleh kematian isteri dan anaknya. Dia mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat. Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawadhu pada Ilahi.
Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak perempuannya, Aina.
Sakinah terpaksa menjaga anaknya yang mengidap penyakit misteri. Kehidupan Sakinah yang daif memberi tekanan padanya ditambah pula dia dan anaknya beberapa kali diganggu syaitan. Sakinah percaya apa yang dihadapinya berpunca dari Abu Jar (Nasir Bilal Khan), seorang munafik dan ketua ajaran sesat di kampung yang sama. Abu Jar mempunyai pengikut yang ramai dan digeruni penduduk kampung. Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih berpegang pada Islam adalah musuh Abu Jar.
Abu Jar menggunakan sihir/jin untuk menghancurkan sesiapa yang tidak mengikut ajarannya. Ini memaksa Sakinah untuk mencari Ustaz Adam. Kedatangan Ustaz Adam ke kampung seberang telah menimbulkan kemarahan Abu Jar. Adam bukan sahaja terkejut dengan apa sebenarnya berlaku pada keluarga Sakinah tetapi juga dengan ajaran sesat Abu Jar yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.