Loading...

Fenomena Luar Kawal Minda Manusia

1 A+ A-
bystander kesan minda fenomena

Ada kalanya minda kita seolah-olah berfungsi tanpa berjaya dikawal oleh kita, walaupun otak kita masih berkebolehan memproses maklumat yang kita terima melalui pancaindera kita. Sekuat mana pun pemikiran kita, pasti akan ada waktunya di mana berlaku beberapa fenomena luar kawal yang membuatkan kita tidak bertindak seperti biasa, tetapi dipengaruhi oleh situasi dan keadaan kita ketika itu.

Dalam sains, memang diakui wujud beberapa fenomena yang menunjukkan misterinya fungsi otak kita, membezakan kita dengan makhluk Tuhan yang lain kerana kita diberikan kebebasan untuk memilih dan berfikir. Fenomena-fenomena ini pula berlaku tanpa kita sedari melainkan ada pihak menjelaskan kepada kita apa yang sedang berlaku ketika itu.

Berikut adalah lima fenomena yang berlaku pada minda kita tanpa kita sedari sebenarnya sedang berlaku dan ramalan kami, tak ramai yang sedar perkara ini berlaku pada anda setiap hari.

1. The Bystander Effects

bystander kesan psikologi

Salah satu fenomena yang kerap berlaku melibatkan sekelompok manusia dalam jumlah yang ramai, 'the bystander effect' adalah fenomena yang berlaku apabila semakin ramai individu berada berdekatan dengan kejadian, semakin kurang kemungkinan untuk kita mengambil tindakan.

Sebagai contoh, sekiranya kita nampak seseorang sedang diganggu orang lain di kalangan kelompok orang yang ramai, semakin tinggilah peluang kita untuk membiarkan saja insiden itu berlaku kerana kita menganggap akan ada orang lain menghulurkan bantuan.

Sikap melepaskan tanggungjawab kepada orang lain inilah yang dinamakan 'bystander effects' kerana kita terikut-ikut dengan pandangan ramai secara majoriti.

Bagi yang Muslim, nak tengok contoh paling mudah 'bystander effect,' lihat saja dalam surau selepas ini. Lebih ramai memilih untuk solat sendirian ketika sudah tiada imam untuk mengetuai solat kerana kita melihat depan mata kita tiada orang mahu mengambil inisiatif. Apabila ada yang sukarela menjadi imam solat, anda akan dapat melihat ramai yang turut mengikut sama.

2. The Placebo Effect

placebo effect


Kaedah placebo sebenarnya adalah kaedah yang digunakan untuk membandingkan kadar keberkesanan ubat yang masih dalam kajian, namun telah dapat dibuktikan memberikan kesan besar dalam membantu merawat pesakit yang mengalami masalah. Kesan placebo dikatakan mampu mengurangkan masalah kemurungan, kesakitan, masalah tidur, masalah sakit perut dan juga menopause bagi wanita.

Sudah beberapa kajian membuktikan keberkesanan placebo yang membuatkan pengeluar ubat-ubatan merasa kecewa. Kajian terhadap pesakit lelah membuktikan pesakit yang mengambil ubat olok-olok untuk merawat lelah mereka merasakan lelah mereka berkurangan.

Dalam kajian tahun 2002, pengeluar ubat anti-kemurungan Merck mendapati pesakit yang menghadapi masalah psikologi berjaya dirawat hanya dengan menggunakan ubat-ubatan berbentuk placebo sama seperti ubat sebenar yang telah dibangunkan mereka dengan kos berjuta-juta dollar.

Tahukah anda, dalam kajian yang dijalankan pada tahun 2014, majoriti pesakit yang dikaji dalam kajian oleh penyelidik daripada Universiti Oxford dalam bidang ortopaedik mendapati; keadaan pesakit bertambah baik selepas pembedahan berbentuk placebo dilakukan ke atas pesakit dengan hanya satu bukaan kecil dilakukan bagi menunjukkan 'pembedahan' telah dilakukan. Nampak bagaimana kuasa minda kita mampu mempercepatkan pemulihan tubuh kita?

3. Bantahan Kognitif

bantahan kognitif cognitive dissonance

Fenomena bantahan kognitif atau 'cognitive dissonance' merupakan satu kondisi mental di mana kita membantah sesuatu yang mewujudkan konflik dalam diri kita. Sebagai contoh - sekiranya anda tanya kepada semua perokok apakah keburukan merokok, pasti perokok mampu menjelaskannya serta tahu serba-serbi berkenaan negatifnya tabiat merokok.

Walaupun begitu, dalam mempunyai kefahaman serta pengetahuan tentang bahaya merokok, seseorang itu tetap degil serta terus 'membantah' pemikirannya sendiri, memilih untuk terus merokok. Itulah dia fenomena yang dinamakan 'bantahan kognitif.' 

Bantahan kognitif berlaku apabila seseorang itu cuba menjustifikasikan tabiat merokok dan 'berhujah' dengan dirinya sendiri seperti meyakinkan dirinya dia perlu merokok, merokok membantu dia mendapat idea atau merokok membantu mengurangkan kegelisahan yang dirasainya. Contoh-contoh lain adalah pemakaian tali pinggang keledar atau topi keledar, leka melayan media sosial sedangkan tahu tanggungjawab lain ada dan bermacam lagilah contoh perdebatan minda yang sentiasa berlaku pada kita.

4. Online Disinhibition Effect

the online disinhibition effect

Tanya soalan-soalan ini pada anda sekarang; bagaimana personaliti anda? Apakah tingkah laku normal anda? Bagaimana perwatakan anda apabila berhadapan dengan orang lain? Sekarang bandingkan personaliti anda dengan perwatakan anda dalam dunia maya. Adakah ada perbezaan ketara?

Online Disinhibition Effect adalah fenomena yang berlaku apabila seseorang itu berubah perwatakannya serta mampu melakukan sesuatu yang dia tidak mungkin akan lakukan di dunia nyata, ketika melayari internet. Fenomena ini menjelaskan bagaimana seseorang itu mampu mengubah personaliti secara sepenuhnya, sehingga mempunyai persona yang sangat berbeza jauh daripada dirinya di alam nyata.

Persona ini pula mampu mengamalkan sikap yang lebih kasar, sukakan konfrontasi, gemar menyebarkan kebencian serta kurang bersikap malu. Online Disinhibition Effect menjelaskan bahawa perasaan malu majoriti individu hilang apabila mereka berada dalam talian kerana merasakan diri mereka dilindungi. Atas sebab itulah ada kalanya kita boleh nampak seorang individu yang sangat garang dalam media sosial, tapi realitinya dia hanyalah seorang pemalu yang sangat takut nak bertentang mata dengan orang lain.

5. Fenomena Ilusi Frekuensi

ilusi frekuensi

Pernahkah anda terdengar tentang sesuatu perkara, sebagai contoh seorang pelakon yang baru anda ketahui bakatnya selepas anda menonton sebuah filem. Sehari dua selepas anda tahu tentang pelakon itu, dengan tiba-tiba banyak pula berita tentang pelakon itu dijumpai anda. Dinding media sosial dipenuhi pelakon itu punya cerita. Televisyen tiba-tiba menayangkan drama lakonan pelakon itu pula. Itulah fenomena Ilusi Frekuensi (Frequency Illusion) atau turut sama digelarkan fenomena Baader Meinhorf.

Penyelidik bernama Profesor Arnold Swicky menerangkan tentang fenomena ini pada tahun 2006 sebagai satu fenomena di mana anda dengar tentang satu perkara, tiba-tiba anda dikerumuni perkara tersebut. Prof. Swicky menjelaskan berlaku dua proses berbeza dalam fenomena ini - pertama, anda belajar tentang perkara itu dan tanpa sedar mencarinya di tempat lain. Yang kedua, minda kita tanpa sedar mampu mengenali maklumat baru itu kerana sebelum kita tahu tentang maklumat itu, kita sebenarnya tidak sedar kewujudan perkara tersebut.
Psikologi 8102942815478424513

Post a Comment

  1. T-Bare titanium fat bike - Tatitanium Arts
    T-Bare titanium ceramic vs titanium flat iron fat bike - Tatitanium Arts - T-Bare titanium fat titanium bmx frame bike - Tatitanium Arts · T-Bare titanium fat bike titanium or ceramic flat iron - Tatitanium Arts titanium straightener · T-Bare microtouch titanium titanium fat bike - Tatitanium $9.99 · ‎In stock

    ReplyDelete

emo-but-icon

Home item