Loading...

Amaran Intipan Siber ke atas Malaysia

Reply A+ A-
Selepas serangan siber ke atas pangkalan data kesihatan Singapura, Amaran Intipan Siber kini kepada negara Asia Tenggara lain kemungkinan perkara serupa berulang di masa akan datang. Amaran Intipan Siber ke atas Malaysia.

Amaran Intipan Siber ke atas Malaysia

Pakar keselamatan siber yang percaya serangan ke atas Singapura berasal dari China berkata negara seperti Malaysia yang mempunyai kepentingan berkaitan dengan Beijing mungkin akan perlu menangani percubaan pengintipan siber dalam masa terdekat.

"Kami menjangkakan aktiviti pengintipan terhadap organisasi Malaysia akan meningkat dalam cubaan mendapat maklumat berhubung situasi semasa," kata pengarah syarikat keselamatan siber FireEye Sandra Joyce seperti dilapor Nikkei Asian Review hari ini.

Sandra turut mengaitkan perkara itu dengan tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba merundingkan semula syarat kontrak pembangunan China di bawah One Belt, One Road (OBOR).

FireEye percaya OBOR akan menjadi "pemacu" ancaman atas talian kerana pelbagai pihak berkepentingan seperti kumpulan penggodam China yang cuba untuk mendapatkan maklumat dan risikan perniagaan berhubung projek dan perjanjian itu.

Tinjauan FireEye berhubung tempoh yang diperlukan syarikat dan kerajaan untuk mengesan penggodaman juga menunjukkan negara-negara Asia Pasifik tidak bersedia untuk berdepan dengan serangan seumpamanya.

Menurut penarafan Institut Dasar Strategik Australia bagi keupayaan siber Asia Pasifik untuk tahun 2017, Malaysia berada di tempat ketujuh di belakang negara seperti Jepun Singapura dan Korea Selatan. Pakar keselamatan siber. Amaran Intipan Siber ke atas Malaysia.
Siber 2284573601670317076

Post a Comment

emo-but-icon

Home item